120 terima sumbangan Deepavali

AIR ITAM – Sempena sambutan Hari Deepavali, seramai 120 individu terpilih sekitar kawasan Happy Valley di sini menerima sumbangan hamper berupakan barangan makanan harian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai baru-baru ini.

Hon Wai berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka yang terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggal dan keluarga kurang mampu.

“Pemberian ini mungkin nilainya kecil, tetapi saya berharap ia mampu membantu mereka yang memerlukannya,’’ katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali di Dewan JKKK Happy Valley di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Happy Valley.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);