15 tan bantuan kemanusiaan ke Kelantan 1 Jan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Zulkifli Ibrahim berkata, konvoi tujuh kenderaan yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan seberat hampir 15 tan bertolak pada tengah malam tahun baru 2015 dan sampai di kawasan bencana banjir sekitar kawasan Parlimen Bachok, Kuala Krai dan Tumpat dekat Kelantan pada tengah hari 1 Januari.

“Fokus bantuan kemanusiaan ini berupa barang-barang makanan segera yang tidak perlu dimasak serta kelengkapan asas lain seperti air mineral, lampin, kelengkapan persekolahan, tuala wanita, mandian dan cucian serta bantal.

“Semua sumbangan tunai disumbangkan oleh surau, gereja, dan rumah-rumah ibadat yang dianggarkan (bernilai) lebih RM100,000 ditukarkan kepada barang keperluan dalam hampir 500 kotak untuk dihantar ke sana (Kuala Krai),” ujarnya selaku koordinator konvoi tersebut pada sidang media di sini baru-baru ini.

Hampir semua Ahli Majlis MPSP, wakil Persatuan Kebajikan Sukan & Sosial MPSP (PESUKA) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain menyertai projek bantuan amal tersebut.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu sebagai pengantara yang dipertanggungjawab menyambut konvoi di Kelantan nanti.

Menurut Zulkifli, beliau sendiri akan mengetuai konvoi yang turut disertai 15 sukarelawan lain rata-rata adalah Ahli Majlis MPSP.

Selain PESUKA, menurut beliau, seramai 60 orang adalah daripada beberapa NGO seperti Perda City Mall, Jentron Black, TH Farmasi dan Gemilang Tiga Puluh Auto yang turut menjayakan projek pengumpulan barangan serta sumbangan kilat selama tiga hari bermula 29 Disember tahun lepas.

Serentak itu, Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada See Hup Transportation Sdn. Bhd. yang menaja pengangkutan serta Danpillo Marketing (M) Sdn. Bhd. yang menaja bantal untuk keperluan mangsa bencanaif (document.currentScript) {