1,600 pelajar IPT terima bantuan pendidikan ZPP

KEPALA BATAS – Seramai 1,600 pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan pendidikan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Bantuan disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Dato’ Abdul Malik Abul Kassim bertempat di Dewan Millenium dekat sini.
ABDUL Malik Abul Kassim ketika berucap pada majlis berkaitan baru-baru ini.
Dalam majlis penyerahan itu, Abdul Malik berharap bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat menampung pengajian penerima.
“Sebanyak RM3,901,000 juta disalurkan…dan ini memberi gambaran bahawa umat Islam di negeri ini sangat mementingkan pendidikan.
“Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dalam kelangsungan mencari kecemerlangan dalam pengajian,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah ZPP melalui kenyataan akhbar pada 29 Januari 2019.
Difahamkan, pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam semua bidang menerima RM2,000 setiap seorang, manakala bagi peringkat pengajian diploma pula, RM1,500 setiap seorang.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : MAIPP