230 guru takmir dirai sempena Ramadan

Admin

BERTAM – Seramai 230 guru takmir di negeri ini diraikan dalam Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 11 Mei lalu.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Pada majlis tersebut, semua guru takmir didedahkan dengan slot pengurusan fatwa yang dikendalikan oleh Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ustaz Rosli Othman.

Dalam ucapannya, Rosli menyeru kepada semua guru takmir supaya mengetengahkan fungsi dan peranan fatwa untuk disampaikan kepada masyarakat melalui kelas pengajian takmir di setiap masjid dan surau di seluruh negeri.

Difahamkan, Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie merupakan acara tahunan yang dianjurkan pada bulan Ramadan sejak tahun 2008 yang dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga MAINPP.

Selain berbuka puasa secara berjemaah, program juga turut disusuli dengan solat Maghrib berjemaah serta jamuan makan malam.

Teks & Gambar : SUNARTI YUSOFF