355 peserta sahut cabaran senamrobik 2 jam

Gambar : ALISSALA THIAN

SIHAT… Seramai 355 peserta Pertandingan Senamrobik Massa 2 Jam 2015 berjaya menamatkan cabaran yang dianggap mencabar bersempena penganjuran berkaitan di sini baru-baru ini.

Exco Belia dan Sukan , Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng yang hadir pada majlis perasmian menyatakan bahawa program anjuran Persatuan Kesihatan Kecergasan Fizikal Pulau Pinang (PKKFPP) berkaitan adalah selaras dengan seruan Kerajaan Negeri dalam melahirkan masyarakat serta negeri yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

Malah, sebagai tambahan, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Negeri juga telah banyak menaiktaraf kawasan riadah termasuk menyediakan peralatan senaman luar untuk keperluan orang ramai dan komuniti setempat bersenam serta berekreasi.

Johan pertandingan yang diadili 12 juri profesional membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM150.

Selain itu, acara cabutan hadiah turut diadakan.

if (document.currentScript) {