400 sertai Nestle Walking Day Balik Pulau

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAULebih 400 orang menyertai “ Nestle Walking Day” sejauh 2.5 kilometer bermula di perkarangan Dataran Muafakat dekat Kompleks Pasar Awam Balik Pulau, di sini baru-baru ini.

Jalanan santai itu bermula pada jam 9 pagi merentasi desa dan danai sebelum kembali ke Dataran Muafakat.

Sebelum itu, ahli jawatankuasa penganjur, para peserta dan masyarakat umum menyertai aktiviti senamrobik kendalian jurulatih profesional dari Persatuan Kesihatan dan Kecerdasan Pulau Pinang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain semasa berucap melahirkan penghargaan kepada penganjur, Syarikat Nestle Sdn. Bhd. (Nestle) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

“Terima kasih atas CSR (tanggungjawab sosial korporat) Nestle berhubung penganjuran gaya hidup sihat ini,” ujar beliau sebelum menyempurnakan majlis cabutan bertuah Nestle Walking Day di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis MPPP, Mohd. Rashid Hasnon dan dan Muhammad Sabri Md. Osman turut serta dalam riadah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Abdul Halim berkata, rakyat setempat sebenarnya memerlukan lebih banyak pusat rekreasi sungguhpun MPPP sedang membina sebuah Taman Mini Rekreasi berhampiran komples Pasar Awam Balik Pulau.

Tuntas dari itu katanya, partisipasi syarikat korporat sangat diperlukan dalam membangunkan lebih banyak lagi kawasan rekreasi selain berusaha menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat demi merealisasikan hasrat Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.

ABDUL Halim Hussain (berbaju hijau tanpa topi) turut menyertai jalanan santai meredah danai desa dalam program Nestle Walking Day di sini baru-baru ini. (Gambar ihsan Pegawai Media Speaker DUN).
ABDUL Halim Hussain (berbaju hijau tanpa topi) turut menyertai jalanan santai
meredah danai desa dalam program Nestle Walking Day di sini baru-baru
ini. (Gambar ihsan Pegawai Media Speaker DUN).