Prinsip CAT mampu jana minat pelabur

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BAYAN BARU – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yakin prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) yang diamalkan kini mampu bersaing dan menarik minat para pelabur asing ke negeri ini.

Katanya, aspek tersebut turut dibantu oleh pengukuhan sektor Industri Kecil dan Sederhana (SME) yang semakin berkembang positif di Pulau Pinang.

“Pada masa sama, pembangunan modal insan yang baik sejajar dengan teknologi semakin pesat juga bakal memacu ekonomi serta industri negeri ke tahap lebih baik,’’ ucapnya pada Majlis Perasmian Internationale Industrial Expo 2013 ke-14 di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran tersebut, dijangkakan ia bakal menjadi penghubung kepada 80,000 pengedar serta pembeli seluruh dunia di samping perjanjian transaksi perniagaan melebihi RM500 juta.

Pelbagai mesin dan barangan industri berteknologi baru dan hijau dipamerkan pada penganjuran ekspo yang berlangsung selama tiga hari berkenaan.

Turut diadakan adalah Green Solutions Tradeshow and Conference 2013.