Pasang ‘awning’ pasar

Admin

 

TASEK GELUGOR – Tidak lama lagi, awning’ atau bumbung anjung akan dipasang di Pasar Awam Tasek Gelugor bagi mencegah terikan cahaya matahari pada saban pagi dari menerjah masuk ke dalam pasar itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai reaksi kepada beberapa rungutan yang diluahkan oleh kebanyakan peniaga setempat semasa lawatan kerja ke pasar basah tersebut baru-baru ini.

“Kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) akan meminta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) membuat ‘ awning’ kerana panas dirasai sampai di dalam (pasar),” ujarnya.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Mohd. Anuar Hashim (Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri), Arshad Md. Saleh (Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan) turut menyertai lawatan kerja Ketua Menteri itu.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng sekali lagi mendesak Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Mohamed Noor Yakcop supaya memberi penjelasan mengenai skandal forex dalam Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1992 yang dipercayai melenyapkan kira-kira RM30 bilion wang rakyat.

Kali pertama beliau meluah desakan sedemikian semasa berucap dalam Forum “Skandal Forex Bank Negara: ApabilaKerajaan Menjadi Spekulator” kendalian Penang Institute pada 2 Jun lepas.

LIM Hock Seng (tiga dari kanan) bersama para pegawai yang turut serta pada sesi lawatan ke Pasar Awam Tasek Gelugor
LIM Hock Seng (tiga dari kanan) bersama para pegawai yang turut serta pada sesi
lawatan ke Pasar Awam Tasek Gelugor.