42 keluarga PPRT dirai

Admin

 

PEGAWAI Daerah SPU, Jusni Ismail (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan hamper kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Rosidi Hussain (kiri sekali) bersempena Majlis Mesra Rakyat Program PPRT di sini baru-baru ini.
PEGAWAI Daerah SPU, Jusni Ismail (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan
hamper kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Rosidi Hussain
(kiri sekali) bersempena Majlis Mesra Rakyat Program PPRT di sini baru-baru ini.

 

PENAGA – Dikongsi bersama seramai 42 keluarga yang menetap di Taman Penaga di sini telah diraikan dalam sebuah Majlis Mesra Rakyat Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) baru-baru ini.

Pada sambutan majlis tersebut, setiap keluarga telah menerima sumbangan berupa hamper makanan asas antaranyasekampit beras, minuman coklat, susu pekat, gula dan biskut.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain berkata, program yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bakau Tua tersebut turut mendapat penyertaan dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (SPU), Pejabat Pelajaran Daerah SPU dan Pejabat Kebajikan Masyarakat SPU.

“InsyaAllah, kita akan adakan lagi majlis seumpama ini bagi membolehkan masyarakat desa mendekati dan mengetahui peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan di Pulau Pinang,” ujar Rosidi kepada Buletin Mutiara di sini.