Syarahan PI tampil Prof. Tariq Ramadan

Admin

Oleh: ZULIANA AZIZ

GEORGE TOWNBuat kali ketiga, Penang Institute (PI) bakal menganjurkan syarahan Penang in Asia pada pertengahan Julai ini dengan menampilkan ahli pemikir dan falsafah Islam kontemporari terkemuka, Profesor Tariq Ramadan.

Pada ceramah berkenaan, Profesor Tariq bakal menyampaikan ceramah mengenai isu Islam, Democracy and Human Rights : The Awakening Of The Muslim World.

Pengarah Eksekutif PI, Profesor Woo Wing Thye berkata, semua siri syarahan Penang in Asia adalah bertujuan melibatkan para ulama terkenal, intelektual awam dan pemikir dari pelbagai bidang ke sini (Pulau Pinang) untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan budaya, intelektual serta ekonomi Pulau Pinang dalam konteks Asia.

Mengulas lanjut mengenai latar belakang Profesor Tariq, Wing Thye menyatakan bahawa beliau merupakan seorang profesor Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Oxford.

“Selain itu, beliau juga adalah seorang profesor pelawat di Fakulti Pengajian Islam (Qatar), Felo Penyelidikan Kanan di Universiti Doshisha (Kyoto, Jepun) dan Pengarah Pusat Penyelidikan Undangundang dan Etika Islam (Doha, Qatar),” jelasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh membuat pendaftaran awal melalui emel: [email protected] atau hubungi talian 016 – 770 1187. Tarikh sebenar program akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

WOO Wing Thye
WOO Wing Thye