600 sertai kayuhan amal Ride For Sight

Admin
SEBAHAGIAN peserta mengayuh basikal beroda kecil bersempena penganjuran kayuhan amal Ride For Sight di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN
peserta
mengayuh
basikal
beroda kecil
bersempena
penganjuran
kayuhan
amal Ride For
Sight di sini
baru-baru ini.

Oleh : ZULIANA AZIZ

GEORGE TOWNKayuhan amal Ride For Sight anjuran bersama St. Nicholas’ Home dan G Club Cyclists dengan sokongan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini berjaya mengumpulkan kira-kira 600 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat di sini.

Selain ahli kelab basikal, Ahli-ahli Majlis MPPP dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMK), tetamu khas yang diundang bagi menjayakan penganjuran tersebut adalah golongan kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.

Bersempena itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut turun padang dan mengayuh basikal berkembar khas yang turut ditungangi salah seorang peserta OKU dari St. Nicholas’ Home.

Acara tersebut bermula pada jam 7 pagi di pusat membelibelah Straits Quay dan berakhir di Esplanade, Padang Kota Lama di sini.

“Kayuhan amal yang julung kali diadakan ini bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa orang-orang cacat penglihatan juga mampu dan boleh beriadah sama seperti insan normal lain di bumi bertuah ini,” ujar Ketua Menteri semasa merasmikan Ride For Sight di sini baru-baru ini.

SALAH seorang penghuni St. Nicholas’ Home bersiap-sedia untuk memulakan kayuhan.
SALAH seorang
penghuni St.
Nicholas’ Home
bersiap-sedia
untuk memulakan
kayuhan.

Turut sama, Yang DiPertua (YDP) MPPP, Ar. Patahiyah Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi