P. Pinang catat sejarah jadi tuan rumah TPOF 2012

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNPulau Pinang mencatat sejarah dunia apabila telah dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran 5th Tourism Promotion Organization Forum 2012 (TPOF) yang bakal berlangsung pada 5 September hingga 7 September ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika bersama berkongsi pengumuman tersebut baru-baru ini menyatakan bahawa penganjuran TPOF di Pulau Pinang tahun ini bakal melakarkan sejarahnya tersendiri kerana ia (Pulau Pinang) merupakan negeri pertama di Malaysia yang terpilih.

“Tahniah kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana telah terpilih oleh Sekretariat Tourism Promotion Organization (TPO) for Asia Pasific untuk menjadi tuan rumah forum yang berprestij yang bakal diadakan di Hotel Rasa Sayang Resort and Spa di sini.

“Pemilihan ini sekaligus membuktikan bahawa Pulau Pinang bukan sahaja sesuai sebagai pusat pelancongan dan pelaburan, malah, turut diiktiraf sebagai destinasi persidangan bertaraf antarabangsa,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Visual dan Penyerahan Payung kepada para pembeca sempena mempromosikan TPOF di Padang Kota Lama di sini.

Turut diadakan adalah acara kayuhan amal, St. Nicholas’s Home – Ride for Sight 2012 anjuran St. Nicholas’s Home, MPPP dan G Club Cyclists bersama 1,000 pengayuh yang terdiri daripada warga cacat penglihatan, ahli kelab basikal, ahli-ahli Majlis MPPP dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMK).

Bersempena dengan penganjuran TPOF, dijangkakan seramai 68 Datuk Bandar (City Mayor) dan 32 Ahli Perindustrian Pelancongan (Tourism Industry Members) akan berada di Bandaraya George Town di sini.

“Saya amat yakin bahawa MPPP mampu dan akan membuat persediaan bagi memastikan TPOF ini adalah forum yang terbaik pernah dianjurkan,’’ ujar beliau.

SETIAUSAHA Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye (kiri sekali) dan Pengarah Bangunan MPPP, Ar. Yew Tong Seng (tiga dari kiri) bergambar kenang-kenangan di atas beca bersempena Majlis Pelancaran Visual dan Penyerahan Payung kepada para pembeca sempena mempromosikan TPOF di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.
SETIAUSAHA Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye (kiri sekali) dan
Pengarah Bangunan MPPP, Ar. Yew Tong Seng (tiga dari kiri) bergambar
kenang-kenangan di atas beca bersempena Majlis Pelancaran Visual dan
Penyerahan Payung kepada para pembeca sempena mempromosikan
TPOF di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.