Artis hiburkan anak muda Balik Pulau

Admin

MEMUKAU…Kehadiran Shamril Mohd. Salleh, 36 atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze di Dewan Balora Mastika, Kongsi di sini baru-baru ini ternyata menggamit minat anak-anak muda Balik Pulau untuk bersama memeriahkan Program Bicara Anak Muda Bersama Selebriti.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, program bual bicara yang dianjurkan adalah untuk mendekatkan ukhuwah dalam kalangan anak-anak muda terutama mereka yang berusia antara 21 hingga 35 tahun.

“Kita menjemput Sham Kamikaze supaya anak-anak muda dapat mengambil iktibar dan menjadikan beliau sebagai ikutan.

“Kita tahu beliau (Sham) merupakan bekas pemain gitar kumpulan rock yang pernah popular sekitar 1990-an dan kini, beliau menjalankan aktiviti berdakwah serta motivasi dalam mendekati anak-anak muda,” ujar Mohd. Tuah kepada Buletin Mutiara.

Selain bual bicara, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh Sham Kamikaze dan acara cabutan bertuah.

SHAM Kamikaze (kiri sekali) memetik gitar mengiring nyanyian puisi salah seorang anak muda yang turut serta dalam Program Bicara Anak Muda Bersama Selebriti di sini baru-baru ini.
SHAM Kamikaze (kiri sekali) memetik gitar mengiring nyanyian
puisi salah seorang anak muda yang turut serta dalam Program
Bicara Anak Muda Bersama Selebriti di sini baru-baru ini.