ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma

KEBUN BUNGA – Program Khidmat Masyarakat : Gunting Rambut Percuma di Padang Tembak anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga memperoleh sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 200 peserta mengambil bahagian di sini baru-baru ini.

ADUNnya, Cheah Kah Peng berkata, program yang diadakan tiga kali setahun tersebut bertujuan meringankan beban keluarga kurang mampu, warga emas dan ibu tunggal.

“Gunting rambut secara percuma ini mulanya hanya terbuka untuk golongan kanak-kanak yang bakal memasuki sesi persekolahan baru, namun apabila terdapat permintaan daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU), kita turut jemput mereka untuk penganjuran kali ini.

“Sambutan sangat menggalakkan dan amat terharu apabila ada dalam kalangan mereka yang sanggup menunggu lama untuk giliran,” katanya yang juga bertekad untuk meneruskan program khidmat masyarakat tersebut pada masa hadapan.

Tambah Kah Peng, kerjasama turut diberikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Padang Tembak dan salun rambut terkemuka, Hairstory International bagi menjayakan program berkaitan.

“Terima kasih kepada yang menjayakan program ini dan terima kasih kepada 50 pereka rambut dari Hairstory International,” ujar beliau.

if (document.currentScript) {