ADUN syor wujudkan Muzium Durian di Jawi

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee mengesyorkan Kerajaan Negeri mewujudkan Muzium Durian di kawasan yang diwakilinya, untuk menarik lagi pelancong luar ke negeri ini.

Menurut Lip Chee, Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi telah dipilih sebagai lokasi penganjuran program Pesta Durian Peringkat Negeri pada tahun ini dan 2016, iaitu untuk menikmati “Oh Chee” dan jenis-jenis durian yang lain.

“Di negeri Kedah, ada Muzium Padi. Di negeri Johor ada Muzium Nanas.

“Kenapa di Pulau Pinang (khususnya) di Kawasan DUN Jawi tidak boleh diwujudkan juga Muzium Durian,” katanya semasa sesi perbahasan Bajet 2016 Kerajaan Negeri, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);