ADUN teruskan tradisi sumbangan raya

TERUS TRADISI SUMBANGAN RAYA… Sebagai penghargaan dan bagi mengurangkan bebanan para nelayan serta ibu tunggal kawasan Permatang Tepi Laut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan khas sempena Aidilfitri.

Pada majlis berkaitan, seramai 50 nelayan dan ibu tunggal (45) menerima sumbangan yang disumbangkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan yang istimewa adalah duit raya daripada Abdul Malik sendiri.

Hadir sama pada majlis yang diadakan di Dewan Unit Nelayan Permatang Tepi Laut barubaru ini ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.if (document.currentScript) {