KN gesa polis siasat insiden khianat dua kuil

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy memberitahu, Kerajaan Negeri mengecam perbuatan khianat ke atas beberapa patung sembahan Hindu di dalam kuil dekat Ladang Penanti, Seberang Perai Tengah (SPT) dalam dua kejadian berasingan sebelum ini

Beliau berkata demikian dalam majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan).

Ramasamy dalam pada itu menggesa siasatan segera daripada pihak polis berhubung laporan kejadian berkaitan.

Difahamkan, perbuatan khianat ke atas Kuil Muthumariaman berusia lebih 100 tahun berlaku pada 2 Jun lepas, manakala insiden serupa di Kuil Sri Dharma Muniswerar di sana juga pada 11 Jun lalu.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);