Lantai Pasar Farlim ditukar, tidak lagi licin

AIR ITAM – Sejumlah RM12,800 diperuntukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi menaiktaraf lantai di Pasar Farlim dan Pusat Makanan di sini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh ketika ditemui melahirkan rasa lega ekoran tindakan pantas MBPP selepas menerima maklum balas daripada penduduk setempat.

“Syabas kepada MBPP terutamanya Ahli Majlis, Tan Hooi Peng kerana bertindak pantas berhubung inisiatif ini.

“Kini, pengunjung di Pasar Farlim tidak lagi perlu bimbang kerana spesifikasi lantai baharu adalah mengikut piawaian, selamat dan tidak lagi licin seperti sebelum ini,’’ katanya ketika meninjau keadaan lantai Pasar Farlim dan Pusat Makanan di sini baru-baru ini.

Pada lawatan tersebut, beliau turut beramah-mesra dengan peniaga serta pengunjung setempat.

}