Anugerah khas hargai kakitangan MBSP dalam aspek kualiti dan inovasi

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Khas Quality Engagement sebagai menghargai sumbangan kakitangannya.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Bandar MPSP, Dato’ SR. Rozali Mohamud dalam majlis yang berlangsung dekat Menara Bandaraya, di sini sebentar tadi.

Sr. Rozali Mohamud menyampaikan anugerah kepada salah seorang kakitangan MBSP yang layak.

Objektif utama penganjuran anugerah tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menyumbang bakti kepada pelaksanaan inovasi selain sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti kepada orang ramai.

Selain itu, ia juga bertujuan menyuntik motivasi kepada semua kakitangan untuk mengamalkan budaya kualiti secara konsisten selain penambah baik perkhidmatan secara berterusan.

Lima kakitangan MBSP telah menerima Anugerah Khas Quality Engagement edisi kali ini iaitu Siti Haslinda Hasan (Pengarah Khidmat Pengurusan); Asma Othman (Ketua Unit Unit Audit Dalam); Norshazila Alias (Timbalan Pengarah Perbendaharaan); Mohd. Saedon Ahmad (Ketua Penolong Jurutera Kanan) serta Abdul Rahman Shariff (Penolong Pegawai Senibina Kanan).

Senarai pemenang Anugerah Zon 5S Terbaik MBSP.

Selain itu, Rozali turut menyampaikan anugerah kepada pemenang ZON 5S Terbaik yang menyaksikan Zon Kekwa menduduki tempat pertama dan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 diikuti Zon Orkid (RM750), Zon Kenanga (RM500) serta Zon Kiambang (RM300).

Sementara itu, seramai 118 peserta telah mengambil bahagian dalam program Kuiz Kualiti anjuran MBSP yang memerlukan mereka menjawab 30 soalan secara objektif dalam masa 30 minit.

Sebanyak 10 hadiah menarik termasuk hadiah sagu hati disediakan dan tiga pemenang utama yang terpilih ialah Asma Othman (Unit Audit Dalam) dan diikuti oleh Noor Masmira Abdul Jaafar (Unit Audit Dalam) dan Jamaludin Mat (Undang-Undang).

Senarai pemenang Kuih Kualiti.

Kesemua pemenang layak membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah RM300, RM250 dan 200.00.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS