Atlet berjaya, KN sumbang insentif galakan

GEORGE TOWN – Atlet kelahiran Pulau Pinang, Ooi Tze Liang yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro dekat Brazil dalam sukan terjun papan anjal pada tahun depan akan diberi insentif galakan RM1,000 tiap-tiap bulan dalam tempoh setahun daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, atlet lain dari negeri ini yang berjaya ke kejohanan antarabangsa turut akan diberikan insentif RM12,000 setahun, sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

“Sumbangan ini adalah galakan daripada Kerajaan Negeri.

“Ini kali pertama beliau (Tze Liang) ke Sukan Olimpik, tentulah kami (Kerajaan Negeri) mengharapkan beliau mampu membawa pulang pingat untuk negara,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada majlis sidang media pengumuman sumbangan insentif berkaitan di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chong Eng antara pemimpin Kerajaan Negeri yang turut hadir.

Tze Liang, 21, merupakan atlet lelaki pertama negara yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow dalam acara terjun papan anjal.

Dalam kejohanan itu, beliau turut memenangi pingat perak dalam acara terjunan papan anjal 10 meter lelaki.

Kini, beliau menduduki tempat kedua pada ranking dunia di belakang Tom Daley dari England.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);