B40 dipelawa rebut peluang pemeriksaan kesihatan percuma, 14 Ogos

Admin

SUNGAI PINANG – Individu daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dipelawa untuk merebut peluang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di bawah Kempen Kesihatan B40 pada 14 Ogos 2022 ini.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berkata,  permohonan bagi menyertai kempen tersebut boleh dibuat melalui imbasan kod QR untuk tempahan slot atau mengisi borang dalam talian di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdmEQwb0fydvPxKZai3SuXlIJtHIk3eHVANPY7GCl6pjgX7jg/viewform.

 

“Pusat Khidmat KADUN Sungai Pinang dengan kerjasama Klinik O2 melakukan 55 jenis pemeriksaan dan dihadkan kepada 200 peserta awal sahaja.

 

“Antara pengisian lain pada hari tersebut adalah pembukaan kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pameran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), pemberian Pas Mutiara oleh Rapid Penang (terhad), gunting rambut percuma, zumba dan pelbagai aktiviti menarik yang lain,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat beliau dekat Jalan Ahmad Nor di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PYDC, Dr. Gwee Sai Ling serta wakil dari Klinik O2; Rapid Penang dan Digital Penang.

 

Difahamkan, kempen akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang bertempat di gelanggang bola keranjang Lebuh Sungai Pinang 1. Ayuh rebut peluang keemasan ini!

 

Text & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI