Bank of Tokyo bakal ditubuh

Admin
MANSOR Othman (dua dari kanan) berjabat tangan dengan H.E. Shigaru Nakamura (dua dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Menteri, Prof. P. Ramasamy (kanan sekali) dan Tetsuro Kai (kiri sekali) ketika kunjungan hormat beliau ke Pejabat Ketua Menteri di sini baru-baru ini. AHLI-ahli
MANSOR Othman
(dua dari kanan)
berjabat tangan
dengan H.E. Shigaru
Nakamura (dua
dari kiri) sambil
diperhatikan Ketua
Menteri, Prof. P.
Ramasamy (kanan
sekali) dan Tetsuro
Kai (kiri sekali) ketika
kunjungan hormat
beliau ke Pejabat
Ketua Menteri di sini
baru-baru ini.
AHLI-ahli

GEORGE TOWNBarisan tertinggi pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng telah menerima kunjungan hormat Duta Jepun, H. E. Shigaru Nakamura yang turut ditemani Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Tetsuro Kai di Komtar di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Jepun dan Pulau Pinang. Antara perkara dibincangkan adalah talian perhubungan dua hala dari segi pelaburan, budaya dan pelancongan perubatan. Malah, tidak menolak kemungkinan bahawa Bank of Tokyo yang pertama di Pulau Pinang juga bakal dibuka dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama, ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan ketika negara Jepun dilanda bencana Tsunami suatu ketika dahulu.

Turut hadir pada majlis sambutan tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.