Demi rakyat, cuti umum pun bertugas

Admin

BERTAM – Walaupun pada hari cuti umum bersempena sambutan Hari Pekerja, pasukan kerja Pejabat Pusat Khidmat Kawasan Bertam tetap komited dengan tugas dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat kepada penduduk setempat di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak berkata, pada hari tersebut, beliau bersama para petugas telah mengadakan lawatan mingguan ke Kampung Datok melalui Program Ziarah Komuniti di sini.

“Walaupun cuti Hari Pekerja, demi rakyat, kita (pasukan kerja Pejabat Pusat Khidmat Kawasan Bertam) teruskan juga program mingguan untuk dekati rakyat.

“Selain bertanyakan khabar dan mengenal pasti permasalahan penduduk, risalah-risalah terbitan Kerajaan Negeri turut diedarkan,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Asrol Sani mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Datok yang turut serta dalam Program Ziarah Komuniti berkenaan.

SALAH seorang pasukan kerja P e j a b a t P u s a t Khidmat Kawasan B e r t a m c u b a m e n d a p a t k a n maklumat mengenai permasalahan salah seorang penduduk b e r s e m p e n a Program Ziarah Komuniti di sini barubaru ini
SALAH seorang
pasukan kerja
P e j a b a t P u s a t
Khidmat Kawasan
B e r t a m c u b a
m e n d a p a t k a n
maklumat mengenai
permasalahan salah
seorang penduduk
b e r s e m p e n a
Program Ziarah
Komuniti di sini barubaru
ini