Bayaran balik cukai tidak dibuat sejak enam tahun lalu, mengapa Najib masih hendak salahkan Kerajaan Pakatan Harapan? – Guan Eng

PERAI – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menempelak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih menyalahkan Pakatan Harapan (PH) berhubung kegagalan kerajaan terdahulu membuat bayaran balik cukai berjumlah RM16 bilion.

Katanya, soal bayaran balik cukai yang tidak dikembalikan kepada rakyat adalah isu penting, namun sehingga kini, Najib masih lagi gagal memberikan penjelasan sewajarnya.

“Saya nak tanya mengapa sehingga sekarang mereka (Najib) cuba salahkan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan bahawa bayaran balik cukai tidak dibuat kerana kita (PH) telah membelanjakan wang itu sehingga habis.

“Kita sudah jelaskan banyak kali bahawa cukai sebanyak RM16 bilion itu tidak dibuat sejak lebih enam tahun lalu melibatkan 1.6 juta pembayar cukai,” tegas beliau pada sidang media dekat Hotel Ixora di sini sebentar tadi.

Teks & Gambar : SUNARTI YUSOFF