Bola jaring erat erti persahabatan

Admin
MANSOR Othman berjaya menjaringkan gol sebagai gimik perasmian Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri Pulau Pinang Piala Datuk Mansor Othman Tahun 2012 di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman berjaya menjaringkan gol sebagai gimik perasmian Kejohanan Bola Jaring
Peringkat Negeri Pulau Pinang Piala Datuk Mansor Othman Tahun 2012 di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNHampir 30 pasukan terdiri dari jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berentap bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri Pulau Pinang Piala Datuk Mansor Othman Tahun 2012 baru-baru ini di sini.

Penganjuran tersebut bertambah meriah apabila Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman hadir bagi merasmikan program dengan gimik menjaringkan gol.

Mansor berkata, semangat untuk bersaing secara sihat adalah penting.

“Bersaing dalam erti semangat persabahatan dan sukan adalah lebih utama. Kalah atau menang tidak begitu penting kerana melalui sukan dan kejohanan sebegini dapat mengukuhkan lagi silaturahim serta hubungan baik di antara setiap pihak yang mengambil bahagian termasuk NGO,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri Pulau Pinang Piala Datuk Mansor Othman Tahun 2012 di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, kejohanan seumpamanya juga mampu membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan para peserta.

“Bersukan mampu meningkatkan semangat berpasukan , mengukuhkan perpaduan dan menggalakkan integrasi kaum,” ujarnya.

Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Rashid Hasnon.