Bonus Raya: setengah bulan gaji, minimum RM600

GEORGE TOWN – Penjawat-penjawat awam Kerajaan Negeri menikmati bonus setengah bulan gaji dengan jumlah bayaran minimum RM600 sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata dalam sidang medianya di sini, seramai 4,178 penjawat awam negeri menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji dengan jumlah keseluruhannya RM4.5 juta.

Katanya, bantuan tersebut turut dinikmati 1,424 guru dan 14 penyelia KAFA (Kelas Asas Fardhu ‘Ain), 343 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta 482 guru dan staf Sekolah Persendirian Cina lain dengan bayaran RM300 setiap seorang.

“Manakala bagi 141 guru tahfiz, tiga guru Sekolah Pondok dan 50 guru Tadika Islam (TADIS) juga bakal menerima RM200 setiap seorang. “Pembayaran dibuat pada 25 Jun 2015,” jelas beliau.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);