Cadang JKKK sertai Karnival Santai Rakyat, sebahagian KPI – ADUN

JAWI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berharap penganjuran Karnival Santai Rakyat dan Sukan Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) dapat diperluaskan pada masa hadapan dengan tujuan mendekatkan rakyat dengan kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Dengan adanya karnival seperti ini, hubungan antara semua pihak dapat dieratkan.

“Saya cadangkan pada masa hadapan, karnival seumpamanya dapat diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari dengan pengisian pelbagai acara melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Malah, juga perlu diwajibkan penyertaan semua JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) SPS sebagai salah satu KPI (Penunjuk Prestasi Utama) pihak berkaitan,’’ katanya pada penganjuran berkaitan di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian penganjuran disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon.

Antara acara padang yang dipertandingkan adalah kukur kelapa, lari dalam guni dan jalan menggunakan tempurung kelapa.

Malah, para pengunjung turut dihiburkan dengan pertunjukan seni mempertahankan diri seperti kungfu, silat dan tomoi.

}