Cathay Pacific tambah penerbangan ke P. Pinang

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

BAYAN LEPAS – Syarikat penerbangan antarabangsa Cathay Pacific, kini menawarkan penerbangan tambahan bagi laluan Pulau Pinang dan Hong Kong sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-55 baru-baru ini.

PRAMUGARI dan pramugara CX643 tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri pada Majlis Pelancaran Penerbangan Tambahan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-55 Cathay Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan lepas di sini baru-baru ini.
PRAMUGARI dan pramugara CX643 tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri pada Majlis Pelancaran Penerbangan Tambahan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-55 Cathay Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan lepas di sini baru-baru ini.

Syarikat penerbangan itu kini menambah sepuluh penerbangan seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu) berbanding hanya tujuh penerbangan sebelumnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, hubungan antara Pulau Pinang dan Cathay
Pacific telah bermula sejak tahun 1977.

“Hubungan yang telah terjalin sekian lama ini secara tidak langsung memberikan faedah kepada Pulau Pinang apabila Hong Kong merupakan sebuah hub penerbangan antarabangsa.

“Ini jelas terbukti pada tahun 2009 apabila Pulau Pinang menerima 56,543 pelawat dari Hong Kong.

Manakala, tahun lalu (2011) peningkatan sebanyak 57 peratus telah dicatat menjadikan keseluruhan pelawat
berjumlah 144,008 orang,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Penerbangan Tambahan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-55 Cathay Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan Cathay Pacific bagi mempromosikan Pulau Pinang dan Hong Kong agar menjadi sebuah destinasi pilihan pelancong.

“Diharapkan dengan pertambahan penerbangan ini akan menarik lebih ramai pelancong dari luar negara datang dan Cathay Pacific dapat mempromosikan Pulau Pinang di dalam majalah penerbangannya pada tahun depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Asia Tenggara Cathay Pacific, Wilsom Yam berkata, Malaysia dan Pulau Pinang sentiasa menjadi destinasi penting buat Cathay Pacific.


“Jalinan kerjasama yang erat antara keduanya telah terjalin hampir 55 tahun. Ini membuatkan kami (Cathay
Pacific
) lebih berkeyakinan untuk meningkatkan komitmen dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ianya amat penting ke arah menjadikan hubungan dua hala ini lebih luas dan berpotensi,” tambah Guan Eng.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang, Pengurus Besar Cathay Pacific Malaysia dan Brunei, Mandy Wu dan Pengerusi Malaysia Airport Berhad, Tan Sri Datuk Aris Othman.