Ceroboh DUN, KN rayu hukuman lebih berat

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri merayu kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap 16 individu yang terlibat dalam insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, Kerajaan Negeri telah menulis surat rayuan kepada Peguam Negara pada 12 Mei 2015.

Beliau menyifatkan denda antara RM1,000 dan RM1,5000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang ke atas 16 tertuduh sebagai terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perlakuan mereka.

“Kesalahan mereka (menceroboh masuk ketika sesi sidang DUN) amat serius, tetapi hukuman mereka terlalu ringan, tidak mencukupi dan tidak setimpal.

“Kita telah memfailkan rayuan menuntut hukuman yang lebih berat memandangkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh
16 tertuduh yang telah menghina institusi DUN Pulau Pinang,” tegasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan kenyataan impak (impact statement) sebelum Mahkamah Majistret George Town menjatuhkan hukuman.

“Mahkamah perlu mengambil kira kesan emosi mangsa kesalahan yang juga merupakan pengadu iaitu Setiausaha DUN, M. Maheswari dan maruah Speaker, Dato’ Law Choo Kiang apabila tertuduh menyerbu masuk dan mengganggu sidang DUN.

“Memandangkan kesalahan yang dilakukan serius, Kerajaan Negeri melalui surat tersebut telah memohon agar kenyataan impak dapat dikemukakan di prosiding rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” jelas beliau.

Pada 21 Mei tahun lalu, kirakira jam 1.30 petang, sekumpulan lelaki didakwa telah menceroboh DUN dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha DUN.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);