Chong Eng minta MPKK setiap kawasan anjur program semarak semangat kejiranan

Admin

PADANG LALANG – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng berharap agar Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setiap kawasan boleh menganjurkan program menyemarak semangat kejiranan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata, penganjuran program kejiranan penting demi mencapai Penang2030 iaitu wawasan pembangunan dalam tempoh 11 tahun sehingga 2030 yang memberi tumpuan pada aspek kekeluargaan dalam negeri hijau dan pintar.

“Program Hari Keluarga Rukun Tetangga hari ini sememangnya dapat memupuk semangat kejiranan antara satu sama lain.

“Saya juga menggalakkan masyarakat di sini untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan pratikkan amalan hijau,” katanya semasa menghadiri program Hari Keluarga Rukun Tetangga Taman Sungai Rambai Bukit Mertajam, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Chong Eng memberitahu pihaknya memperuntukan sejumlah RM 48,000 untuk pembaikan bumbung bangunan dan RM2000 (penganjuran program Hari Keluarga).

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: NUR AFIQAH ZAINUDI