Coffee Tree Penang produk tempatan premium, tawar lebih 30 variasi kopi

7fe97a7a b511 42aa 88e6 1e935a653f46

BERMULA sebagai sebuah kedai jalanan pada tahun 2002, jenama Coffee Tree Penang kini berkembang sebagai antara destinasi pilihan penggemar kopi dan minuman premium di Pulau Pinang, dengan kilang pengeluaran sendiri di Permatang Tinggi sejak tahun 2007.

e1661ef7 badc 48f4 94c8 42832437545cPengurusnya, LOK LAY HAR berkata, kekuatan utama Coffee Tree Penang terletak pada kepelbagaian produk serta pendekatan unik yang menekankan pengalaman pelanggan mencuba perisa sebelum membuat pembelian.

“Di sini, pelanggan bukan sekadar datang untuk membeli minuman semata-mata, malah mereka turut berpeluang merasai sendiri pelbagai pilihan perisa yang kami tawarkan sebelum membuat keputusan.

“Pengalaman mencuba ini membolehkan pelanggan lebih memahami setiap rasa yang ada, sekali gus membantu mereka memilih minuman yang benar-benar menepati cita rasa masing-masing.

“Pendekatan inilah yang menjadikan Coffee Tree Penang berbeza berbanding jenama lain kerana kami menekankan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan,” katanya ketika ditemui semasa sesi wawancara khas bersama wartawan Buletin Mutiara, NUR ASHIKIN ISMAIL, dan jurugambar, SITI NURATIKAH RAHMAT pada 1 April 2026.

Menurut Lay Har, Coffee Tree Penang menawarkan lebih 30 variasi kopi, termasuk perisa unik seperti kelapa, tiramisu, mocha dan juga durian Musang King yang sering menjadi pilihan pelancong.

“Selain kopi original Penang White Coffee, kami juga mempunyai pilihan ‘kopitiam signature’ seperti salted coffee, hokasai dan campuran kopi teh yang dikenali sebagai ‘cham’.

“Setiap varian ini dihasilkan dengan formulasi tersendiri bagi mengekalkan keseimbangan rasa antara kopi dan bahan campuran,” tambahnya.

26ceb247 720c 42c8 a398 d22a3cdc0c6f eb367f19 0ba0 4042 a18a 3bdd768193c6 80b5df17 60e8 48b7 8416 312a5e985a70
Sebagai usaha memenuhi keperluan pelanggan yang semakin mementingkan kesihatan, Coffee Tree Penang turut memberi perhatian terhadap pilihan kandungan gula dalam setiap produk yang ditawarkan.

“Selain variasi perisa, kami juga menyediakan pilihan seperti separuh gula, separuh stevia dan tanpa gula sepenuhnya supaya pelanggan boleh menikmati minuman mengikut cita rasa serta keperluan kesihatan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Lay Har berkata, strategi eksklusiviti turut menjadi antara kekuatan jenama apabila beberapa siri produk hanya boleh didapati di Pulau Pinang.

“Ada produk tertentu yang kami tidak jual secara dalam talian atau di tempat lain kerana mahu mengekalkan keistimewaan dan identiti jenama.

“Pelanggan perlu datang sendiri ke kedai untuk mendapatkannya, dan secara tidak langsung ia memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman mencuba pelbagai perisa yang ditawarkan.

“Pendekatan ini juga menjadi antara faktor yang menarik kehadiran pelancong, khususnya dari luar negara seperti Singapura,” katanya.

aad357f9 f107 4904 b97c 409abb2c91fdSementara itu, Pembantu Jualan, WONG HUI ZEN berkata, Coffee Tree Penang turut menawarkan produk lain seperti hot chocolate 100 peratus koko dengan pelbagai perisa serta iced tea berasaskan buah-buahan.

“Antara yang paling popular ialah lychee iced tea kerana rasanya yang menyegarkan dan sesuai dengan cuaca panas di negara ini.

“Selain itu, kami juga menawarkan teh herba tanpa gula yang diformulasikan untuk tujuan kesihatan seperti detoks dan meningkatkan stamina, sekali gus memberi pilihan kepada pelanggan yang lebih mementingkan gaya hidup sihat,” tambahnya.

Kata Hui Zhen, setiap produk dijual dalam bentuk sachet dengan 15 pek setiap bungkusan, menjadikannya mudah dibawa dan sesuai dijadikan cenderamata.

“Ramai pelanggan membeli produk kami sebagai hadiah atau cenderamata, terutamanya pelancong dari luar termasuk Singapura yang ingin membawa pulang sesuatu yang unik dari Pulau Pinang.

“Pembungkusan dalam bentuk sachet juga memudahkan ia dibawa dan dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan.

“Selain itu, bagi memudahkan pelanggan, produk kami juga boleh dipos ke seluruh negara melalui pesanan menerusi platform WhatsApp dan Shopee bagi mereka yang tidak berkesempatan datang ke kedai,” ujarnya.

31604b81 af15 4739 bfb3 8b0c290ed2e2 d01fd8ab c7d6 4c0e 9c74 21e5920a89cf edc206fb 9266 489c be80 02ce647dccb1 9119a069 761c 46f1 982a 8bf285553271
Walaupun turut memanfaatkan platform seperti WhatsApp dan Shopee, Hui Zhen mengakui bahawa pengalaman ‘walk-in’ masih menjadi keutamaan dalam strategi jualan Coffee Tree Penang.

“Kami mahu pelanggan datang, cuba sendiri dan pilih perisa yang mereka suka. Itu pengalaman yang sukar diganti secara dalam talian,” katanya lagi.

Dalam usaha memperluaskan jenama, Coffee Tree Penang kini giat memperkukuh pemasaran termasuk melalui papan iklan, risalah serta kerjasama dengan platform penghantaran seperti Grab, di samping giat mempromosikan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

Beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Coffee Tree Penang terus komited menawarkan produk berkualiti tinggi sambil mengekalkan identiti sebagai jenama tempatan yang unik dan autentik di Pulau Pinang.