Dasar jangka panjang pengurusan sisa pepejal ditetap

Admin
CHOW Kon Yeow.
CHOW Kon Yeow.

Oleh : ZULIANA AZIZ

SEBERANG PERAI – Menyedari hakikat bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) menghadapi pelbagai kekangan pada aspek pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pihak berkenaan telah mengambil inisiatif khas untuk menambahbaik pentadbiran tersebut dengan penetapan dasar jangka panjang, Intergrated Solid Waste Management Policy.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, selain kekangan dari segi undang-undang dan peraturan, PBT juga berhadapan dengan masalah sumber kewangan, tenaga manusia, perancangan menyeluruh dan aplikasi teknologi dalam pengurusan sisa pepejal dalam kedua-dua aspek berkenaan.

“Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tahap perkhidmatannya akan menentukan tahap kebersihan dan pembangunan yang mampan di sesebuah negeri.

“Justeru, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk dikecualikan daripada program penswastaan persekutuan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (APSPPA). Setelah memperoleh persetujuan daripada pihak terbabit (kerajaan persekutuan), PBT perlu memastikan dapat menguruskan perkhidmatan ini sehingga mencapai KPI kebangsaan,’’ ujarnya semasa menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian P e n g u r u s a n S t e s e n Pemindahan Ampang Jajar di sini baru-baru ini.

Sebagai tambahan, tambah beliau, PBT juga mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan aplikasi teknologi pengurusan rangkaian sisa pepejal dari penjanaan, pengangkutan serta rawatan dengan berkesan.

(PBT) telah mengambil ikhtiar untuk menggalakkan penglibatan masyarakat awam, komuniti setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah melalui Agenda Tempatan 21 (LA 21) bagi membawa perubahan minda dalam mencapai kejayaan berhubung penjagaan alam sekitar,’’ jelas Kon Yeow lagi.