Dekati rakyat bukan bermusim – Mansor

Admin
PARA pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma bersempena penganjuran Program Mesra Rakyat 2012 peringkat Daerah SPU di sini baru-baru ini.
PARA pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat
pemeriksaan kesihatan percuma bersempena penganjuran Program
Mesra Rakyat 2012 peringkat Daerah SPU di sini baru-baru ini.

PENAGA“Mendekati masyarakat bukan bermusim, tetapi harus rajin dan ikhlas,” ujar Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman ketika merasmikan Program Mesra Rakyat 2012 peringkat Daerah Seberang Perai Utara di sini barubaru ini.

Tambah beliau, program seumpama itu perlu bukan hanya untuk mendekati masyarakat tetapi juga bagi memastikan masyarakat desa menerima maklumat yang benar dan tepat berkaitan Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain yang menjadi tuan rumah program berkenaan turut berpendapat bahawa penganjuran aktiviti sebegitu harus dirancakkan dan bukannya diadakan sempena pilihanraya sahaja.

Bagi PPK Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad, beliau memberitahu bahawa Program Mesra Rakyat bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali pimpinan negeri, malah, turut membolehkan orang ramai mengetahui saluran yang betul ketika berurusan dengan jabatanjabatan atau agensi-agensi kerajaan.

PPK Bertam, Asrol Sani Abdul Razak menyatakan bahawa program seumpama itu harus diadakan secara bulanan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Program Mesra Rakyat 2012 yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Penaga menerima kunjungan lebih 1,000 pengunjung. Program sehari tersebut turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka, pemeriksaan kesihatan percuma, acara untuk wanita dan kaum ibu, ceramah motivasi dan pameran dari agensiagensi kerajaan.

Pada masa sama, program turut diserikan dengan penampilan istimewa bekas vokalis kumpulan Melissa, Radzi Abdul Hamid dan rombongan berbasikal KADUN Bertam seramai 100 orang.

Selain jawatankuasa penganjur (Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, PDTSPU), program turut dihadiri Pegawai Daerah SPU, Jusni Ismail dan Ketua Penolong Pegawai Daerah SPU, Hakmal Effendi Ishak.