Hari Ladang giat pemindahan teknologi pertanian petani

Admin
AKSI Mansor Othman ketika menyertai acara memancing ikan air tawar pada penganjuran Hari Ladang Kampung Tun Sardon di sini baru-baru ini.
AKSI Mansor Othman ketika menyertai acara memancing ikan air tawar pada penganjuran Hari
Ladang Kampung Tun Sardon di sini baru-baru ini.

PENANTI – Memancing di kolam air tawar, demonstrasi teknologi pertanian dan pameran produk pertanian merupakan sebahagian aktiviti yang dijalankan sempena penganjuran Hari Ladang Kampung Tun Sardon di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman, penganjuran tersebut bukan sahaja untuk mempergiatkan program pemindahan teknologi pertanian, malah, juga bagi merapatkan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.

“Ada dalam kalangan penduduk di sini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan, malah, ada yang menjalankan penternakan sama ada ikan air tawar atau haiwan ternakan seperti ayam dan itik.

“Alhamdulillah, kehadiran pada program ini sangat memberangsangkan dan saya lihat ia sebagai salah satu impak positif yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan mana-mana aspek dalam pentadbirannya,” ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I kepada Buletin Mutiara di sini.

Beliau yang turut ditemani isterinya, Datin Aishah Zainul juga t idak ke t inggal an menyertai aktiviti memancing di Kolam Air Tawar Thony bersempena program yang turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Selain itu, antara acara menarik yang turut diadakan adalah kempen satu rumah, satu pokok cili merah, pertandingan memasak nasi kerabu, kuih tradisional dan jualan produk-produk berasaskan pertanian.