Edisi khas : PBT bersama jayakan hasrat CAT

Admin

BEBERAPA orang Pekerja Am MPPP yang menerima pingat penghargaan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang tahun lalu.
BEBERAPA orang Pekerja Am MPPP yang menerima pingat penghargaan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang tahun lalu.

 

PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan sebuah badan yang berperanan mentadbir sesuatu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan. Di Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merupakan dua badan yang bertanggungjawab terhadap kawalan pembangunan, mengutip cukai pintu, membekalkan perkhidmatan seperti pemungutan sisa buangan pepejal dan membersihkan longkang, memantau keadaan trafik, penyelenggaraan jalan di kawasan tertentu dan banyak lagi aspek dalam kerja-kerja perbandaran.

Semenjak tiga tahun Pulau Pinang berada di bawah tampuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR), pelbagai usaha dan peningkatan berjaya dicapai oleh MPPP dan MPSP dari semua aspek.

ANGGOTA Unit Trafik MPPP berbaris di hadapan Dewan Bandaraya semasa Majlis Perasmian Untuk Penguatkuasaan Mengapit Roda Serta Menunda Kenderaan diadakan baru-baru ini.
ANGGOTA Unit Trafik MPPP berbaris di hadapan Dewan Bandaraya semasa Majlis Perasmian Untuk Penguatkuasaan Mengapit Roda Serta Menunda Kenderaan diadakan baru-baru ini.

Selain itu, MPPP telah mencipta sejarah apabila melantik Ar. Hajah Patahiyah Ismail sebagai Yang DiPertua (YDP) pada 1 Mac 2010. Beliau merupakan wanita pertama di Pulau Pinang yang dilantik menerajui majlis tersebut sejak penubuhannya pada 15 Disember 1976.

Kerajaan Negeri sekali lagi mengiktiraf penglibatan kaum wanita dalam urustadbir negeri apabila melantik Maimunah Mohd. Sharif sebagai Yang DiPertua MPSP pada 17 Mac 2011, yang merupakan Majlis Perbandaran terbesar di Malaysia.

Dalam pada itu, Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 April 2008. Oleh itu, Pulau Pinang harus menjaga imej dan penampilan dengan menjadikannya lebih hijau dan bersih.

Inisiatif “Pulau Pinang Bersih, Hijau” adalah petunjuk kepada Kerajaan Negeri bagi memulihkan persekitaran hidup ke arah sebuah bandaraya yang bersih dan hijau serta untuk meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama tiga pihak iaitu sektor kerajaan, korporat dan masyarakat setempat untuk menguasakan masyarakat menuju ke arah “Pulau Pinang Bersih, Hijau”.

Pada tahun lalu, seramai 47 pekerja am MPPP telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri kerana telah membantu menangani masalah banjir kilat di Pulau Pinang. Manakala 23 pekerja MPSP turut diberi pengiktirafan yang sama sekitar bulan April tahun ini.

Usaha murni dan dedikasi mereka yang sanggup turun padang bagi membersihkan longkang tersumbat harus diberi penghormatan yang sewajarnya. Mereka ini digelar sebagai wira-wira yang tidak dikenali disanjung kerana bekerja di belakang tabir bagi melestarikan matlamat Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang lebih hijau dan bersih di mata dunia.

Kerja-kerja ‘Dangerous, Difficult dan Dirty’ (3D’s) yang dilaksanakan oleh anggota skuad khas ini, memerlukan kemahiran, pengalaman dan juga mengikut keperluan kerana tidak terdapat peralatan yang canggih atau tertentu bagi mengeluarkan sampah-sarap yang tersumbat di dalam longkang.

Malah, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap cabaran 3C’s iaitu ‘Cleanlines, Crime and Congestion’. Masalah kesesakan lalulintas adalah merupakan salah satu cabaran yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dengan merangka beberapa program menjurus untuk mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.

MPPP juga berhasrat untuk menambahbaik sistem lalulintas di bahagian pulau, Pulau Pinang dan mengambil tindakan untuk mengapit roda dan menunda kenderaan selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2011). Ekoran itu, skuad khas unit trafik MPPP telah dilancarkan untuk penguatkuasaan mengapit roda serta menunda kenderaan terbabit berkuatkuasa pada 1 Mei, 2011.

Dalam pada itu, MPSP telah menubuhkan sebuah Pasukan Pengawal Lalulintas di peringkat PBT bagi mengurangkan kesesakan trafik di Seberang Perai. Pasukan pengawal lalulintas ini, adalah gabungan daripada 10 anggota polis bantuan dan 10 anggota pengawal keselamatan. Mereka bertanggungjawab mengawal lalulintas di kawasan “Park and Ride”, kawasan-kawasan letak kereta MPSP yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar awam, kompleks awam MPSP, pasar malam, kawasan tumpuan meletak kenderaan dan juga lokasi-lokasi yang terdapat majlis-majlis tertentu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.

Sejak PR menakluk tampuk pemerintahan Pulau Pinang, pelbagai perubahan telah dilakukan oleh MPSP bermula pada tahun 2009 dengan kerjasama Ahli-ahli Majlis.

Jawatankuasa ‘task force’ telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah secara terperinci. Antaranya :

  1. Jawatankuasa Khas/ Jawatankuasa Utiliti (lampu jalan dan lampu pasar)

  2. Jawatankuasa Tunggakan Cukai – cukai pintu menjana 70% dari segi kewangan (sumber utama)

  3. Jawatankuasa Kilang-kilang Haram – membantu pekilang-pekilang mencari sebab mengapa tidak mendapat OC

  4. Jawatankuasa Banting Haram – kira-kira 70% banting tiada lesen atau permit penggantungan dan mencari keuntungan dengan nama MPSP. Perkara ini menjejaskan imej MPSP

  5. Jawatankuasa Parkir – mengkaji secara menyeluruh masalah parkir yang terdapat di Seberang Perai.

  6. Jawatankuasa Papan Iklan/ ‘Unihole’ – terdapat lebih 400 papan iklan yang tidak mempunyai lesen di kawasan Seberang Perai

Manakala, lima lagi jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kebanyakannya berkaitan masalah binatang :

  1. Jawatankuasa Lembu dan Kambing – banyak aduan penduduk mengenai lembu dan kambing berkeliaran di jalan, sebanyak 90% tidak mempunyai lesen

  2. Jawatankuasa Anjing dan Kucing – terlalu banyak aduan mengenai anjing dan kucing berkeliaran dan mengakibatkan kecederaan

  3. Jawatankuasa Ayam dan Lalat – kebersihan terancam ekoran terdapat sesetengah kawasan yang bukan kawasan penternakan ayam tetapi terlalu banyak lalat

  4. Jawatankuasa Khinzir – terdapat aduan pencemaran bau dan air

  5. Jawatankuasa Semak Samun – untuk menyelesaikan masalah pemaju atau pemilik tanah yang membiarkan tanah tidak diusahakan.

Butir-butir pendapatan MPSP bagi tahun 2010 :-

BUTIRAN PENDAPATAN

RM

Hasil Cukai

123,882,172

Hasil Bukan Cukai

31,349,666

Terimaan Bukan Hasil

12,437,384

Jumlah

167,669,222

Parkir bermeter hanya terdapat di kawasan pentadbiran MPPP sahaja. Jumlah parkir bermeter yang telah dibina pada tahun 2008, 2009 dan 2010 adalah 6,863 seperti berikut :-

TAHUN

JUMLAH PARKIR METER

2008

2,213

2009

2,230

2010

2,420

Jumlah

6,863

Pendapatan dan lebihan MPSP bagi tahun 2009 dan 2010 adalah seperti berikut :-

PERKARA

2009 (RM JUTA)

2010 (RM JUTA)

Pendapatan

157.4

167.67

Perbelanjaan

142.83

144.63

Lebihan

14.57

23.04

Bilangan gerai dalam negeri mengikut lokasi dan daerah adalah seperti berikut :-

MPSP

DAERAH

BILANGAN KOMPLEKS

BILANGAN GERAI

SPU

25

645

SPT

25

693

SPS

6

118

JUMLAH

56

1456

MPPP

DAERAH

BILANGAN KOMPLEKS

BILANGAN GERAI

TL

75

5208

BD

8

811

JUMLAH

83

6019