Edisi Khas : Pulau Pinang mendahului – jumlah pelaburan RM12.24 bilion

Admin

 

BERDASARKAN yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan yang telah diluluskan untuk Pulau Pinang bagi tahun 2010 ialah sebanyak RM12.24 bilion bagi pelaksanaan 28 buah projek. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM10.45 bilion melibatkan pelaburan luar negara dan RM1.79 bilion merupakan pelaburan domestik.

Manakala jumlah pelaburan baru ialah RM2.84 bilion melalui 64 buah projek pembangunan dan industri dan sejumlah RM9.39 bilion adalah melalui pelaburan ke atas 64 buah projek sedia ada. Melalui pelaburan tersebut, sebanyak 21,618 peluang pekerjaan telah diwujudkan pada tahun 2010 berbanding 2009 iaitu 8,696 peluang pekerjaan.

Kerajaan Negeri, dalam pada itu, turut merangka beberapa langkah untuk melestarikan pelaburan di Pulau Pinang sekaligus mampu menarik minat pelabur untuk terus melabur di Pulau Pinang. Antara langkah-langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri adalah menganjurkan misi pelaburan ke luar negara umpamanya Singapura, Taiwan, China, Amerika Syarikat dan Korea, mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab pelaburan global dengan mensasarkan pelaburan industri berteknologi tinggi, menjalankan penyelidikan rantaian bekalan industri-industri strategik, bekerjasama dengan agensi-agensi pelaburan dalam mengukuhkan jalinan kerjasama dan mewujudkan kluster-kluster industri mengikut sinergi dan bidang kepakaran industri.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menubuhkan ‘SME Market Advisory Resource and Training Centre’ (SMART Centre) bagi membantu para pelabur dalam bidang industri kecil-sederhana dan menubuhkan Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Y.A.B Ketua Menteri sendiri sebagai pemudahcara bagi jumlah pelaburan melebihi RM1 bilion. Malah urustadbir Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) turut menjadi faktor penyumbang ke arah pemantapan pelaburan di Pulau Pinang.

Berikut merupakan projek-projek pembuatan yang telah diluluskan di Pulau Pinang mengikut status pelaburan bagi tahun 2010:

 

 

Bilangan

Peluang Pekerjaan

Pelaburan Domestik

(RM)

Pelaburan Langsung

Asing

(RM)

Jumlah Pelaburan

(RM)

128

21,618

1,786,853,018

10,451,105,860

12,237,958,878

(Sumber: MIDA)

 

Manakala jadual di bawah menunjukkan projek-projek yang diluluskan di Pulau Pinang bagi Tahun 2010

 

Jumlah Projek

Jumlah Pelaburan Baru (RM Juta)

Jumlah Projek

Jumlah Pelaburan Pembesaran Sedia Ada (RM Juta)

Jumlah Projek Keseluruhan

Jumlah Pelaburan Keseluruhan (RM Juta)

64

2,846.00

64

9392

128

12,238.00

(Sumber: MIDA)

 

Selain itu, tersenarai adalah antara nama pelabur yang termasuk dalam senarai RM12.0 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri:

 

Nama Pelabur/ Syarikat

Negara

Jumlah Pelaburan (RM)

1

Advance Medical Devices

Amerika Syarikat

768.7 juta

2

Jabil

Amerika Syarikat

2.3 billion

3

Western Digital

Amerika Syarikat

4.3 billion

 

Bidang utama pelaburan di Pulau Pinang bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 ialah barangan keluaran elektrik dan elektronik dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.87 bilion(2008), RM608.3 Juta(2009) dan RM7.32 bilion(2010).