EKS diseru tidak siakan peluang yang diberi

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNKetua Menteri menyeru supaya enterprise kecil dan sederhana (EKS) yang bakal terlibat secara langsung dalam mengusahakan perusahaan masing-masing di Taman Sains Pulau Pinang (PSP) supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Kata Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Kerajaan Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah membuka peluang kepada 18 syarikat EKS untuk beroperasi di PSP.

“Oleh itu, janganlah mensiasiakan peluang yang diberi kerana proses penyaringan yang kami (Kerajaan Negeri) lakukan adalah sangat ketat. Tiada lagi istilah penggunaan kabel’,’’ katanya pada Sesi Dialog bersama wakil syarikat-syarikat yang bakal mengusahakan projek di PSP di sini baru-baru ini.

Objektif dialog tersebut adalah untuk memberikan persekitaran ekonomi konduksif, penjagaan alam sekitar dan juga membincangkan isu-isu relevan berkaitan dengan agensi-agensi terlibat dalam pengoperasian syarikat di PSP. Malah, bagi memantapkan pelan operasi sedia ada, zon bioteknologi dan hub halal juga akan diwujudkan.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan pihak-pihak berkenaan supaya tidak menyalahgunakan peluang yang diberikan.

“Sebaliknya, jadikan peluang ini sebagai batu loncatan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Pulau Pinang tidak hanya menfokuskan kepada teknologi tinggi dan elektronik semata-mata, tetapi juga membuka peluang kepada pembangunan industri tradisional.

“Satu kawasan pemprosesan makanan juga akan disediakan di Seberang Perai Tengah (SPT) bagi membolehkan kita (Pulau Pinang) fokus kepada prospek lebih luas seperti pasaran antarabangsa dalam bidang berkenaan,” jelas Guan Eng.

PARA hadirin tekun mendengar ucapan daripada wakil jemputan pada Sesi Dialog bersama wakil syarikat-syarikat yang bakal mengusahakan projek di PSP di sini baru-baru ini.
PARA hadirin tekun mendengar ucapan daripada wakil jemputan
pada Sesi Dialog bersama wakil syarikat-syarikat yang bakal
mengusahakan projek di PSP di sini baru-baru ini.