Ekspo Industri Intrenasinale ke-12 jana RM60 juta

Admin
LIM Guan Eng mencuba prototaip motosikal masa depan keluaran syarikat tempatan di Ekspo Industri Intrenasionale di sini.
LIM Guan Eng mencuba prototaip motosikal masa depan keluaran syarikat tempatan di Ekspo Industri Intrenasionale di sini.

GEORGE TOWN – Penganjuran Ekspo Industri Intrenationale atau ‘Intrenasionale Industrial Expo’ yang ke-12 di Penang International Sports Arena (PISA) baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila ia mampu menjana pendapatan sebanyak RM60 juta ke RM70 juta berbanding ekspo tahun lalu sebanyak RM50 juta. Dengan penyertaan 140 buah syarikat, iaitu peningkatan sebanyak 20% daripada tahun lalu, ekspo seumpama ini dilihat sebagai satu platform industri yang paling unggul.

Ketua Pegawai Eksekutif Intrenasionale, Andrew Chan berkata bahawa beliau menjangkakan pertambahan pendapatan perdagangan dan perniagaan meningkat dari tahun ke tahun dengan peningkatan penyertaan syarikat-syarikat ternama dalam ekspo yang dijalankan selama tiga hari tersebut.

Sebanyak 70% daripada 140 syarikat yang mengambil bahagian, mempamerkan produk yang bertaraf antarabangsa umpamanya mesin cetak laser, kawalan berangka berkomputer, mesin alatan logam dan produk yang menggunakan teknologi terkini iaitu teknologi hijau yang mesra alam dan mesra pengguna,” uajar beliau.

Kami turut menjangkakan pertambahan sehingga 10% – 20% penyertaan tahun hadapan,” tambah beliau dalam ucapan pembukaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Intrenasionale merupakan salah sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam penganjuran acara-acara keusahawanan dan perniagaan di peringkat antarabangsa dengan penglibatan pasaran Indonesia dan Thailand (Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle – IMT-GT Market). Dengan kreadibiliti selama dua dekad dalam pengurusan acara, ekspo yang dijadikan acara tahunan ini pastinya menjadi kayu pengukur terhadap pengukuhan sistem ekonomi negeri Pulau Pinang khususnya.