Ezi Baucer rakan strategik Program Warga Hijau

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

 

GEORGE TOWN – Individu-individu yang mendaftar dalam Program Warga Hijau bakal menikmati faedah promosi dan diskaun daripada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian di dalam program yang telah dirasmikan sejak 2010 di sini melalui Ezi Baucer.

Malah, senarai lengkap premis-premis terbabit boleh diperoleh di laman sesawang Penang Green Council (PGC), http://greenstate.penang.gov.my/greencitizen/.

Pengerusi Jawatankuasa Program Warga Hijau, Ng Wei Aik berkata, Program Warga Hijau berkonsepkan ‘Cleaner, Greaner Penang‘ telah diperkenalkan bagi memelihara kehijauan bumi serta menyuntik semangat masyarakat setempat agar mengamalkan sekurang-kurangnya satu inisiatif hijau.

Melalui program ini, Ezi Baucer yang membolehkan para ahli memperoleh diskaun khas turut diperkenalkan sebagai rakan strategik bagi menggalakkan lagi penyertaan awam sama ada dari pihak individu mahupun kelompok perniagaan agar sama-sama melibatkan diri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang hijau,” katanya pada sidang media selepas majlis bertukar-tukar dokumen perjanjian di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, sehingga kini, kira-kira 2,000 orang awam telah berikrar akan menyertai program berkenaan dan sekaligus membolehkan mereka menikmati faedah tersebut.

Dalam pada itu, Wei Aik memberitahu, para peniaga juga turut dialu-alukan untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam program terbabit yang mana membolehkan mereka (premis) menjadi sebahagian daripada penganjur bersama untuk acara-acara anjuran PGC dari semasa ke semasa. 

PENGURUS Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen (kanan sekali) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Pengurus Pembangunan Perniagaan Ezi Baucer, Cindy Teh (kiri sekali) sambil diperhatikan Ng Wei Aik (tengah) di sini baru-baru ini.
PENGURUS Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen (kanan sekali) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Pengurus Pembangunan Perniagaan Ezi Baucer, Cindy Teh (kiri sekali) sambil diperhatikan Ng Wei Aik (tengah) di sini baru-baru ini.