Gotong-royong Coastal Park jalin silaturahim

Admin
CHOW Kon Yeow (kanan sekali), Patahiyah Ismail (tengah, berseluar kuning) dan TehYee Cheu (kiri sekali) menyiram pokok yang baru selesai ditanam bersempena program gotong-royong yang diadakan di Pantai Tanjung Bungah di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (kanan sekali), Patahiyah Ismail (tengah, berseluar kuning) dan TehYee Cheu (kiri sekali) menyiram pokok yang baru selesai ditanam bersempena program gotong-royong yang diadakan di Pantai Tanjung Bungah di sini baru-baru ini.

DEMI ALAM… Program gotong-royong yang diadakan di Pantai Tanjung Bungah (bersebelahan Hotel Copthorne Orkid) bersempena dengan kempen ‘Cleaner Greener Penang’ baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

Program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada penduduk Pulau Pinang bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan pantai yang menjadi salah satu tarikan utama di negeri ini.

Bersempena itu, aktiviti senamrobik telah diadakan bagi memeriahkan majlis diadakan. Yang DiPertua (YDP) MPPP, Ar. Patahiyah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu juga tidak melepaskan peluang untuk turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Antara pihak lain yang turut terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), MPPP, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Gajah, Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, Perhotelan Pulau Pinang, Sekolah Dalat serta Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.