Festival Indonesia erat hubungan dua hala

ERAT HUBUNGAN DUA HALA.. Penganjuran Festival Indonesia yang berlangsung bertemakan, ‘Berkongsi Persamaan, Meraikan Perbezaan’ adalah bertujuan mengeratkan hubungan serumpun dua hala antara Indonesia dan Pulau Pinang.

Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang berkata, menerusi penganjuran tersebut, kedua-dua pihak mampu tukar pendapat dan sektor-sektor berkaitan demi kebaikan bersama.

Jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, sektor pelancongan dan pelancongan perubatan merupakan faktor utama kemasukan pelancong Indonesia ke negeri ini.

“Sebaliknya, rakyat Pulau Pinang turut gemar melancong ke Indonesia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan makanan tradisional.

“Malah, melalui perangkaan Malaysian Airport Berhad, kemasukkan pelancong Indonesia mencapai 295,000 orang pada 2014,” ucapnya pada majlis berkaitan baru-baru ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno; Timbalan Menteri Pembangunan Pariwisata Mancanegara, Gde Pitana; Konsulat Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang, Taufik Rhodi dan Konsulat Jeneral Jepun ke Pulau Pinang Ryoji Noda.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);