Pantai Kuala Muda kembali ceria

Admin

ROSIDI Hussain membantu salah seorang penduduk mengangkat bakul berisi sampah yang dikutip di sekitar pantai Kuala Muda.
ROSIDI Hussain membantu salah seorang penduduk mengangkat bakul berisi sampah yang dikutip di sekitar pantai Kuala Muda.

 

KUALA MUDA – Program membersihkan pantai Kuala Muda telah dianjurkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Abdul Latiff Abdullah dengan kerjasama Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Penaga, Rosidi Hussain dan penduduk Taman Kuala Muda baru-baru ini, di sini.

Program membersihkan pantai tersebut adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang MPSP dalam kempen Kerajaan Negeri ‘Cleaner, Greener Penang’ bagi memastikan Pulau Pinang lebih hijau dan indah.

Hadir sama, pasangan suami isteri yang pakar dalam pengurusan bahan sisa buangan iaitu Don, 72, dan isteri Mylene, 68, serta Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Mohd. Anuar Hashim yang turut meluangkan masa menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan pesisir pantai serta pengurusan bahan sisa buangan.

PEMBERSIHAN pantai seharusnya dijadikan aktiviti berkala bagi memastikan pantai dipelihara dengan sewajarnya.
PEMBERSIHAN pantai seharusnya dijadikan aktiviti berkala bagi memastikan pantai dipelihara dengan sewajarnya.