Malakoff 5 tarik peserta tiga kali ganda

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

 

GEORGE TOWN – Baucer barangan bernilai RM20,000 menjadi taruhan bersempena penganjuran Larian Penang 2012 atau lebih dikenali sebagai Larian Malakoff Ke-5 bertempat di Padang Kota Lama, baru-baru ini di sini.

Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi yang hadir bagi upacara flag-off berkata, ekoran tawaran hadiah lebih menarik tahun ini, beliau amat terharu dengan sambutan tiga kali ganda yang diberikan pada tahun ini.

Larian Malakoff pada tahun ini amat memberangsangkan apabila menerima hampir 1,300 penyertaan daripada peserta setempat dan antarabangsa.

Ianya selaras dengan gaya hidup sihat, aktif dan masyarakat harmoni yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri. Saya amat berbesar hati apabila melihat para peserta penuh semangat dan juga keakraban atlit-atlit berlumba bersama keluarga serta rakan-rakan turut terjalin erat,” katanya di sini baru-baru ini.

Tambahnya, Larian Malakoff adalah contoh terbaik buat agensi-agensi luar untuk bekerjasama bagi menganjurkan program-program yang memanfaatkan kesihatan.

Sokongan seperti inilah yang kita (Kerajaan Negeri) inginkan daripada pihak luar agar sama-sama berganding bahu menganjurkan program serta aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Jarak perlumbaan pada tahun ini telah dikurangkan dari 26 kilometer kepada 17 kilometer dan 7 kilometer.

Dalam pada itu, bagi Ketua Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Luar Larian Malakoff, Yusoff Rashid berkata, acara tersebut adalah sebagai salah satu platform penganjuran program tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat di sini.