Guru, kakitangan sekolah menengah Cina persendirian terima bayaran bonus akhir tahun

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menyerahkan RM300 seorang atau keseluruhannya RM166,500 bonus akhir tahun kepada 555 guru dan kakitangan sekolah menengah Cina persendirian.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pentadbirannya berhasrat memberikan RM600 wang bonus secara sekaligus pada tahun 2019, bukan lagi pada awal tahun dan akhir tahun seperti hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berharap para penerima berwajib dapat berbelanja sebaik, sebagaimana bonus dinikmati kakitangan kerajaan serta beberapa golongan lain sebelum ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut sertai majlis pemberian bonus tersebut di Komtar pada 5 Disember 2018.

Kali ini, seramai 156 penerima bonus adalah dari Sekolah Menengah Han Chiang diikuti Sekolah Menengah Jit Sit Persendirian (163), Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian (142), Sekolah Menengah Perempuan China (58) dan Sekolah Menengah Phor Tay Persendirian (36).

Sejak tahun 2012, Kerajaan Negeri telahpun mengagihkan RM1,693,200 kepada guru-guru dan staf-staf lima sekolah menengah Cina persendirian berkaitan.