Ingkar, struktur binaan tambahan dirobohkan

Admin

DATUK KERAMAT – Bertindak di atas maklumat awam, beberapa struktur binaan tambahan yang tidak memperoleh kelulusan pelan daripada pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah dirobohkan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini baru-baru ini.

Jurucakap MPPP berkata, sebelum mengambil tindakan sedemikian, pihak majlis telah mengeluarkan notis pertama pada 2 Disember 2011 di bawah Seksyen 79(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik premis.

Memandangkan kehendak notis masih tidak dipatuhi, notis di bawah Seksyen 97 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 sekali lagi dikeluarkan bagi meminta supaya kerja pembinaan dihentikan serta-merta dan pada masa sama memulihkan kawasan berkenaan kepada keadaan asal pada 13 Januari 2012.

Bagaimanapun, pemilik berkenaan terus ingkar dengan meneruskan pembinaan sehingga mendorong kepada perobohan struktur terbabit,” katanya sambil menjelaskan bahawa seramai 20 anggota Unit Penguatkuasa MPPP terlibat dalam operasi berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa struktur berkaca yang diturunkan adalah bersaiz 120.8 meter persegi. Tindakan penguatkuasaan amar sukar dilakukan kerana struktur kaca yang pelbagai saiz dan berat menyebabkan tindakan penguatkuasaan mengambil masa hampir 3 jam untuk selesai. 

STRUKTUR berkaca yang dikeluarkan para anggota Unit Penguatkuasa MPPP di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini baru-baru ini.
STRUKTUR berkaca yang dikeluarkan para anggota Unit Penguatkuasa MPPP di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini baru-baru ini.