Jangan lengahkan bayar balik GST kepada peniaga – KM

GEORGE TOWN – Kerajaan Pusat didesak segera membayar balik wang daripada sumber kutipan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) kepada peniaga-peniaga berwajib mengikut jadual, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, peniaga yang membayar GST secara online sepatutnya mendapat bayaran balik dalam tempoh 14 hari, manakala 28 hari bagi mereka yang memohon secara manual atau offline.

“Mengapa peniaga-peniaga yang tidak membayar GST mengikut jadual akan didenda dan dibicarakan.

“Tetapi, apabila Kerajaan (Pusat) lewat untuk membayar balik dalam masa dua minggu sepertimana yang dijanjikan, mengapa mereka (Kerajaan Pusat) tidak dikenakan hukum atau masuk penjara.

“Ini tidak adil untuk peniaga-peniaga,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada sidang media di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut merayu kepada Kerajaan Pusat supaya melihat realiti jualan para peniaga dekat Bazar Chowrasta menjelang musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini, yang dilaporkan merosot secara mendadak melebihi 50 peratus berbanding tahun-tahun lepas.

Sumber berita tersebut melaporkan, seorang peniaga songkok, Syed Hamzah Syed Ahmad mengaku bahawa beliau yang lazim berjaya menjual hampir 500 songkok selepas 20 hari Ramadan, namun, keadaan berbeza pada musim perayaan kali ini.

“Jualan merosot kerana orang ramai fikir harga barang jualan tahun ini meningkat selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun bukan semua barangan dinaikkan harga,” katanya dipetik dari sebuah akhbar arus perdana.if (document.currentScript) {