JKKK perlu kekal aktif bantu rakyat – TKMI

PANTAI JEREJAK – Seramai 88 individu pelbagai bangsa dan keturunan daripada keluarga kurang mampu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak menerima sumbangan Ramadan dan Aidilftiri baru-baru ini.

ADUNnya, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan kerajaan yang dinamik dalam membantu rakyat yang menghadapi tekanan kos sara hidup yang kian meningkat kini.

“Kerajaan Negeri melalui Exco-exco dan Ahli-ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) yang dilantik sentiasa menjalankan ‘kajian’ dari masa ke masa berhubung inisiatif bagi meringankan beban rakyat dan sumbangan ini merupakan sebahagian daripadanya.

“Serentak itu, saya juga menyeru semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) terutamanya di DUN Pantai Jerejak supaya kekal aktif sepanjang masa dalam membantu rakyat.

“Ini termasuk, sekiranya terdapat ibu tunggal atau golongan-golongan tertentu yang memerlukan peralatan bagi meningkatkan pendapatan masing-masing seperti ketuhar, mesin jahit dan sebagainya agar datang ke Pusat Khidmat DUN Pantai Jerejak bagi perbincangan lanjut,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri DUN Pantai Jerejak di sini baru-baru ini.

Bantuan yang diberikan adalah berupa baucar membeli-belah tunai bernilai RM100 dan bungkusan kurma.

Sebelum itu, Mohd. Rashid turut menyampaikan barangan keperluan harian serta sekampit beras hasil sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada penerima-penerima terpilih.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);